Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

25 March 2009

Next

Esok akan kembali ke Ampang.
Dan membumikan kerja-kerja di sana.

Exam Community Medicine posting lagi seminggu.

Seterusnya cuti.

Bulan Mei meneruskan Tahun 5, bermula dengan Orthopaedic and Rehabilitation Posting. Temerloh dan Ampang.





Wamakaru Wamakarallah. Wallahu khairul maakiriin.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Mereka merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik Perancang.

Leia Mais…

Zammiluuni



Being so kind providing the lyrics.

Zamilooni

He stepped inside his home, he was overwhelmed with fear
An angel came with words from God, things were still unclear
Saying read - read, but he could not read, amazing words that he heard
A trembling deep inside his heart, confused by what had occurred

There was only one who could comfort him
To help him see the light
To ease his fears, to reassure
Was khadijah, his wife…

Chorus
He said Zamilooni, Zamilooni, dathirooni, dathirooni, (Envelop me, Embrace me)
A mighty task has come before me…
I need you here with me…
By my side…By my side....By my side

She was a woman of nobility, successful in all her trade
Many wealthy men had asked for her, she turned them all away
But when she saw Muhammad, a shining moon, may peace be on his soul
He was a light for her – so right for her – her life will now be whole

But she had never seen him so distressed, as he was there that day
But she would comfort him, and hold him tight, and chase his doubts away

Chorus

Bridge…
We look for stories of love, in places dark and cold
When we have a guiding light, for the whole world to behold
But we're so selfish in our ways, to the ones we hold so close
Our own pleasure and happiness is what we value most

But she sacrificed all her wealth and everything she had
And he honored her, and gave her faith,
when the times were bad, the times were bad...

Now years have passed, times have changed, since khadijah breathed her last.
And the Message of the one true God, was spreading far and vast
But then he came across some jewellery, that khajidah had once worn
His eyes began to swell with tears, his heart began to mourn

Cause she was there for him, when times were rough, and his enemies were cruel
She was the first believer, so keen and eager, to comfort ar-Rasool

Chorus

Mawlaya salli wa sallim da’iman abada
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi...(X4)
(O my Leader, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation)
Rasullullah,Habiballlah,Shafiallah,Nabiallah


This song was introduced to me by Yusra. Eh, tersasul. I feel I will sound more proper if write in Malay.


Lirik lagu ni dah menceritakan kesemuanya. Rasulullah penghulu kita yang terhebat, yang paling kita sayangi dan sanjungi selama ni. Ketika baginda pertama sekali menerima wahyu, Khadijah lah orang yang pertama sekali yang baginda cari. Bagi melegakan jiwanya yang bergetar, keliru, dan terkejut setelah didatangi Jibril.


Kisah ini bukanlah sekadar kisah cinta, tetapi adalah EPIK CINTA.


Malah epik yang terpatri dalam ingatan setiap muslim, dalam ingatan semua bahkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun pun mengenali diri yang bernama Khadijah sebagai manusia pertama yang beriman kepada Allah setelah Muhammad.

Wanita? Seemosi mana pun wanita, dan selemah manapun wanita, pada wanitalah letaknya kunci kekuatan si lelaki. Justeru wanita sekalian, kenali diri anda, bina jati diri kita. Wanita di sekeliling anda bukan untuk dicerca, selemah mana pun dia. Digempur, dia memberontak.

Dan awasi salah satu aset anda wahai wanita, yakni kelembutan anda. Bukan untuk dipergunakan untuk mencairkan lelaki. Yang terkadang tak disedari secara unconsciousnya kebanyakan wanita biasanya berbicara dengan lembut. Lumrah, tetapi wanita perlu lebih berhati-hati.

Dan bukanlah meminta disamakan dengan lelaki (peluang kerja, hak harta) sebagai cara untuk meletakkan wanita bekerjaya di tempat seadil-adilnya. Dan bukanlah caranya membela wanita yang 'tertindas' dengan mengubah undang-undang syariah mengikut acuan hak asasi manusia tajaan Tamadun Barat.

Kenapa tidak meminta contohnya tempat khas untuk pengasuh membawa anak ke pejabat dan ibu boleh menyusukan, ataupun meminta peruntukan cuti selepas bersalin selama tempoh untuk menyusukan dan melihatnya selama dia membesar? Kemudian kembali ke bekerja. Mungkin tidak semudah ini, tetapi telah ada institusi yang menerapkannya dan waah, produktiviti pekerjanya meningkat.



Equality is not justice.




Contoh lain, memperjuangkan agar waktu solat bagi wanita bekerja lebih daripada lelaki. Ataupun gerabak tram tersendiri untuk wanita? Mungkin bukan setepat ini, cuma kenapa tidak memperjuangkan perkara seperi ini?

Understand the root cause.
Sebelum menyalahkan syariah.

Memperjuangkan agar majunya sistem yang menyokong HAK wanita.


Yang meyokong supaya seorang anak tidak akan ‘yatim’ sebelum kematian ibunya, kerana tidak cukup merasa kasih ibunya. Yang menyokong supaya seorang ayah dan ibu tak perlu risau tak tentu arah kerana risaukan keselamatan anak perempuannya menaiki kenderaan awam.



Lupakah bahawa mulianya wanita kerana dia seorang adik perempuan, seorang kakak, seorang ibu, ibu saudara, nenek, dan sebagainya. Bukan kerana dia seorang guru, tetapi mulianya dia kerana dia seorang guru wanita. Dan sebagainya.


Khadijah, antara penyumbang terbesar kepada sampainya Islam kepada saya dan anda hari ini. Dalam tamadun Islam, zaman dahulu ialah zaman yang terbaik, tugas kita ialah ke arah mengembalikan zaman itu, walaupun tidak sebaik dahulu.


Dan dengarlah sekali lagu Native Deen bersama Zain Bhikha ini.


Lantai Mozek: Tidak berpeluang hadir untuk merasai kepanasannya, tetapi sempat mendengar perkongsian mereka yang menghadiri program tersebut; Musawah anjuran Sister In Islam. Lupa nak ingatkan, saya bukan pejuang feminisme. Saya hanya sampaikan suara manusia seperti saya. Dan saya bukanlah contoh terbaik.

Leia Mais…

17 March 2009

Out of Sight Out of Mind

Tale of Two Cities; A lyrics: Out of Sight Out of Mind

Out of sight, out of mind.
See the child of the street
never give them a thought;
how they live where they sleep
grind them into the ground
it's the kind thing to do
death is welcome retreat from the sorrow they find
out of sight, out of mind
but here, the pain is never out of sight.
The sick, the starved, the poor.
There is no room for us to turn away.
We can't just shut the door.
Out of sight, out of mind.
Where the strong never look.
If we don't come too near it's as if we're not here.
And there's nothing to fear.
But out of sight we have the room to plan
we watch them from afar.
They won't suspect
that soon we'll see a day
when they know who we are.
Let them stay unafraid.
Just for now keep them blind
patience waits for a spark
til the time that is right.
We'll remain in the dark...
Out of sight, out of mind
out of sight, out of mind
out of sight, out of mind


Out of Sight, Out of Mind

There are some things which we think about only as long as we can see them in front of us; when we can no longer see them (out of sight) we forget about them (out of mind). Example: "As soon as I leave the room, he just forgets what I told him to do!" Answer: "Out of sight, out of mind." Something which is easily fogotten when you can no longer see it is "out of sight, out of mind." Example: "I meant to read that book, but as soon as I put it down, I forgot about it." Answer: "Out of sight, out of mind." Some things we need to see (sight) in order to remember (mind); they are "out of sight, out of mind."


[GoEnglish.com Idioms]


Here is just another lyrics (Elvis Presley’s) on Out of Sight, Out of Mind.


Out Of Sight, Out Of Mind
Out of sight, out of mind
So the story goes
You forgot I exist
My broken heart knows
When out of sight then it's out of mind
Especially when you found somebody new
But I can't change my love
Umm umm, the way that you do
I sit around and wonder
About your new love affair
That's what you call lookin' back
I should forget to remember
And remember not to care
I'd forget if I could
But my heart is blind
You are gone out of sight
But you're lingering in my mind
Out of sight but not out of my mind


There’s nothing to do with those lyrics actually in relation to this entry. Just to show how people express what they feel about “Out of Sight Out of Mind”.



So many things (so many that I couldnt help to describe them) turn to be 'Out of my mind' when at the first place it happen to be 'out of my sight'


"It is just sometimes we human are so weak and keep doing mistakes day by day",

[Yus]


and to the fact that right now I got stucked in Tampin for the past 4 weeks and there's another 1 week plus I will be here... I felt very isolated from those who were always revolving around me. And so many things got out of my mind.




Forgive me, Allah, when I whine.
Forgive me Rasulullah, I always forget the sunnah.
Forgive me o dear ohana, you guys rang me when I forgot to dial you.
Forgive me friends, for big and small matters I left out about all of you.
Forgive me everybody, mistakes are always around me.
Forgive me, for always thinking the ‘big’ things but missed out the ‘small’ things.
For the humanical mistakes that I did..



Apapun, thank god, being here was still meaningful for me. Few things I managed to do that I could not even did it when being in KL. Eventhough seems like it will be much easier to do them when in KL.

Jauh dan terpencil bukan alasan!!


For all third year students of FPSK Usim a.k.a my juniors, you don't need the luck, you have all the lucks in this life! Moga dikurniakan nikmat ketenangan sepanjang professional exam nih.


How to make those 'out of sight' not to be 'out of mind'?
Well, am trying and hunting towards it!


Because of 'Out of Sight'?

Out of Sight does not mean Out of Mind

Leia Mais…

09 March 2009

Tak Adil

Burger keju + mayonis, piza ditabur mozarella cheese, coca-cola, pepsi, nasi lemak ayam, roti canai, teh tarik mamak, durian, rambutan, masak lemak tempoyak, sirap limau.



Durian



Siapa suka salah satu jenis makanan-makanan yang disenaraikan di atas, sila angkat tangan anda untuk saya!!


Sedap, lemak, manis, berkrim, secukup rasa, pedas mengancam, sejuk berais, nikmat, nyaman.



Salad, carrot, epal hijau, air kosong, roti jagung, oat, ikan rebus, tanpa susu dan gula, kurangkan nasi.

Siapa yang mampu makan-makanan ini sahaja sepanjang hidupnya dan meninggalkan senarai-senarai yang pertama di atas, sila angkat tangan untuk saya!!

Saya mungkin mampu bertahan untuk seminggu. Tetapi pesakit kencing manis perlu berbuat begitu sepanjang hidupnya. Ramai yang mampu. Tetapi ramai juga yang tewas.

Ada yang tidak diberitahu tentang cara pemakanan yang betul untuk mereka amalkan sebagai pesakit kencing manis atau diabetes. Maka mereka hanya mengurangkan gula dalam minuman dan makanan, pada masa yang sama melantak makan durian sebiji dua biji semasa musim durian di Tampin,Temerloh, rambutan 15 biji sekali makan, nasi sepinggan setengah.

Mereka betul dalam mengurangkan gula, tetapi durian yang banyak dan sebenarnya mereka hanya boleh makan seulas sahaja, tidak mereka ketahui.


Sudah tua dan sakit-sakit sendi, tiada anak-anak di sisi, tidak faham bahasa melayu atau bahasa inggeris, ambil ubat singseh, tak berduit nak ke klinik, nyanyuk pulak tu terlupa tarikh appoinment......Bagaimana hendak memberi kefahaman kepada mereka cara pemakanan pesakit kencing manis yang betul?


Tarbiyah dan dakwah.

Kita canangkan kepada mad’u,
“Tarbiyah mesti diteruskan, tarbiyah dan da’wah untuk semua, kita kena rancang program untuk sahabat-sahabat kita, mad’u kita.”


“Agenda tarbiyah takkan terkubur. Jom kita teruskan rantai-rantai perjuangan!”

Dan kita pun mengeksklusifkan tarbiyah dan agenda da’wah kepada mereka yang ada kefahaman, nampak ada minat.


Berbalik cerita pesakit kencing manis yang tegar di rumah, tidak mampu ke klinik mendengar konsultan doktor dan misi, tidak faham bahasa saintifik ahli kesihatan, tidak ditunjukkan praktikal menyediakan makanan sesuai dengan penyakit mereka. Mereka akan terus gagal mengawal paras gula dalam darah. Diabetes bakal ‘membunuh’ mereka lebih cepat daripada pesakit lainnya.


Bagi pesakit yang memang prihatin, berpendidikan, mudah masuk ajaran, berduit untuk naik teksi ke klinik, mereka akan terus maju dalam perkembangan mengawal paras gula dalam darah.
Mereka faham komplikasi diabetes seperti kegagalan jantung, saluran darah tersumbat, buta mata rosak penglihatan, hilang pendengaran, luka lambat sembuh yang terpaksa dipotong akhirnya anggota, angin ahmar, senang dapat sakit kulit akibat jangkitan, bla, bla dan sebagainya.
Akhirnya mereka takut setakut-takutnya setelah mendengar dan melihat saudara atau jiran sendiri meninggal kerana komplikasi diabetes maka terus mengawal pemakanan dengan CARA YANG BETUL.

Yang mampu ber’streamyx atau ber’broadband’ cari rujukan dan maklumat penyakit melalui INTERNET.
Kita lupa mereka yang tak bernasib baik seperti di atas. Mati cepat itu takdir untuk mereka kah?

Balik kepada tarbiyah dan da’wah.

Mengapa mengeksklusifkan da’wah kepada golongan tertentu. Pernah tak mencuba atau merancang atau mengkaji, mengapa terbiyah anda tidak sampai kepada mereka-mereka yang kononnya tak cukup kriteria (tak menutup aurat, tak bertudung litup, tak tsiqah dalam pergaulan, tak pakai stokin, jeans, tak berkopiah). Di mana kekurangan yang perlu diatasi?

Mana sudut yang perlu disuntik insulin pengimbang gula dalam darah?

Bucu mana yang kita ambil dekati golongan yang dikatakan tidak bersedia untuk tarbiyah kita tadi?

Dan kita mengatakan tarbiyah dan da’wah kita berjaya. Itukah kayu ukur kita?

Yang merempit akan terus pandang serong pada mat kopiah, yang bertudung bulat akan terus pandang rendah pada yang tidak, yang tidak bertudung akan terus menempelak mereka yang bertudung litup.
Pernah kita bagi ruang pada mereka semua ni untuk tahu apa yang kita bawa dalam tarbiyah? Pernah kita masuk kepada mereka melalui jalan yang gerenti mereka akan dengar sekurang-kurangnya sepatah dua kata kita?

Pernah kita khabarkan berita gembira, balasan syurga kerana memperjuang agama Allah? Syurga yang dialirkan saliran susu yang manis, arak yang paling sedap dan halal, telaga kautsar yang segar. Pintu taubat yang terbuka luas.

Balik-balik neraka, balik-balik dosa, balik-balik azab dan siksa, balik-balik kutuk, balik-balik terbalik. Ups.

Ataupun kita selama ni telah syok sendiri dengan tarbiyah kita?
Dan pada masa yang sama kita kata Islam untuk semua?

Kesian pakcik yang tak faham penjagaan diri untuk pesakit kencing manis sepertinya. Dia akan dapat kegagalan jantung dua tiga tahun lagi. Dan kita kata sistem kita dah cukup baik. Adilkah kita?

P/s: Maaf, saya agak emosi kali ini. Juga sebenarnya nak menggambarkan suasana posting kali ini (Comunity medicine) yang mana saya dan partner saya telah terjah beberapa belas rumah untuk tujuan kajian.

Leia Mais…